Produk Muslim Food Industries - Muslim Mee Kuning

Produk Muslim Food Industries

Perincian Keseluruhan Produk Muslim Food Industries



muslimmeekuningpromo

Muslim Mee Kuning

M ee kuning diperbuat daripada doh yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam air yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mee kuning bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak. Mee kuning kini merupakan satu produk makanan yang menjadi pilihan ramai. Mee kuning selalunya dihasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi pembuatan. Mee kuning diperbuat daripada tepung gandum berkualiti tinggi yang di campur dengan bahan penting dan diuli menggunakan mesin penguli tepung sebelum di leperkan dan di jadikan mee kuning melalui mesin penghiris sebelum dimasukan ke dalam air panas yang sentiasa mengalir. Mee tersebut akan masuk untuk disejukkan dalam aliran air sejuk dan di uraikan dengan campuran minyak masak halal yang baik dan sesuai untuk penghadaman bagi mengelakkan bercantum. Mee kuning yang selamat dimakan perlukan proses yang bersih dan kualiti terjaga dengan rapi. Kebersihan sangat dititik beratkan untuk menjamin ketahanan tempoh mee kuning.
muslimkueyteowpromo

Muslim Kuey Teow

K uey teow adalah satu lagi corak pemakanan rakyat malaysia setelah mee kuning. Bergantung pada jenisnya, kuey teow selalunya dihasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi pembuatan. Kuey teow diperbuat daripada beras berkualiti yang dikisar dicampur dengan bahan penting menggunakan mesin pengadun, kemudian adunan tersebut dicanai nipis dan dikukus serta melalui proses penyejukan dan diuraikan dengan campuran minyak masak halal yang baik dan sesuai untuk penghadaman bagi mengelakkan bercantum. Adunan yang telah sejuk dan berminyak di potong mengikut saiz tertentu dan terbentuk lah kuey teow. Kuey teow yang selamat dimakan perlukan proses yang bersih dan kualiti terjaga dengan rapi. Kebersihan sangat di titik beratkan untuk menjamin ketahanan tempoh kuey teow.
MeeMuslim_LaksaBeras_Utama

Muslim Laksa Beras

MuslimLaksaBeras_Font_Utama
L aksa merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Laksa diperbuat daripada beras yang berkualiti tinggi yang dicampur dan diuli dengan rapi untuk mendapatkan kualiti yang baik dengan menggunakan mesin terkini. Hasilnya, laksa yang selamat dimakan diperlukan proses yang bersih dan kualiti terjaga dengan rapi. Kebersihan sangat dititik beratkan untuk menjamin keselamatan tempoh laksa.
MeeMuslim_CiliBoh_Utama

Muslim Cili Boh

MuslimCiliBoh
C ili Boh adalah satu keperluan dalam penyediaan masakan di Malaysia yang disediakan daripada cili kering yang diproses. Cili kering yang berkualiti tinggi dibuang bijinya supaya tidak terlalu pedas dan direbus dengan air panas hingga lembut. Cili kering ditapis dan air rebusan dibuang dan ditoskan dalam penapis. Cili kering yang dikisar halus dengan bawang, halia, garam dan cuka serta sedikit air. Kemudian dibungkus dengan kemas supaya tahan lama dan dijamin halal dan bersih merupakan kelebihan produk kami.