Mengenai Mee Muslim


Pengenalan
Muslim Food Industries
Pengasas Muslim Food Industries adalah ustaz Jamaludin bin Yusof
Beliau merupakan seorang guru sains di beberapa buah sekolah di daerah Terengganu dan lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Din oleh penduduk setempat.
Ketika di era 80-an beliau mendapati pengeluar makanan dan ekonomi di monopoli oleh kaum bukan bumiputera.
Mengambil tanggungjawab fardhu kifayah untuk memenuhi keperluan makanan umat islam dan jihad ekonomi, pada tahun 1986 beliau mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan dari kerjaya seorang guru, dan menubuhkan Muslim Food Industry (MFI).
Ketika itu MFI merupakan satu-satunya pengeluar mee kuning bumiputera yang kian meningkat naik dan mendapat sambutan baik dari pelbagai pihak.
Bermula dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan perniagaan beliau terus berkembang dengan lebih maju.
Seiring perkembangan semasa pada tahun 2007 beliau telah menukar nama Muslim Food Industry kepada Muslim Food Industries bagi melestarikan kepelbagaian produk muslim di pasaran semasa.
Menjelang tahun 2011 MFI menaik taraf kilang yang sedia ada kepada kilang yang lebih canggih dan efisien bagi menampung permintaan yang semakin meningkat dan lebih berdaya saing.
Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2014 ketika berusia 63 tahun.
Setelah kejayaan demi kejayaan yang membanggakan di bawah kendalian beliau, survival syarikat Muslim Food Industries diteruskan pula oleh putera-putera beliau dan anggota-anggota pentadbiran MFI yang berkrediabiliti dan berpengalaman dalam sektor industri pemakanan.
Misi, Visi & Objektif
Visi
Menjadikan MFI sebagai pengeluar produk Muslim halal no 1 di Malaysia pada tahun 2020.
Misi
Misi MFI adalah untuk menyediakan produk yang halal dan bersih dengan harga yang berpatutan kepada pelanggan terutamanya umat Islam di seluruh dunia. MFI komited untuk menghasilkan produk halal yang diperlukan oleh umat Islam dengan menggunakan teknologi yang terkini, dan mempunyai rangkaian pengedar yang berintegriti tinggi dalam memastikan produk halal menjadi pilihan utama pelanggan.
Objektif
Meningkatkan kualiti dan kuantiti produk dengan meningkatkan teknologi mesin dan menambah bilangan jenis produk Muslim seperti:
- Mee kuning
- Laksa
- Mee teow
- Cili Boh
Penerangan Logo
Muslim Food Industries
