Resipi Mudah & Lazat Mee Rebus Daging - Muslim Mee Kuning

Resipi Mudah & Lazat Mee Rebus Daging

10 Amalan Pembuka Pintu Rezeki
August 1, 2019
7 pesanan kepada usahawan muslim
August 15, 2019
Show all

Resipi Mudah & Lazat Mee Rebus Daging

Bahan bahan : 

– daging

– Muslim Mee Kuning 1 paket

– cili kering segenggam 

– bawang besar 2 ulas 

– bawang putih 4 ulas 

– 2 ketul ubi keledek warna oren 

– 3 sudu sos tomato 

– 5 sudu sos cili 

– air asam jawa 

– perencah mee bandung adabi 

– Garam & gula secukupnya.

Cara penyediaan : 

1. Rebus daging. Kemudian air rebusan daging simpan dulu. Keluarkan daging dan dihiris nipis 

2. Goreng cili kering, bawang besar dan bawang puh. Kemudian kisarkan bahan-bahan ini 

3. Rebus dalam dua ketul sederhana besar ubi keledek 

4. Tumis bahan kisar dengan minyak tadi. 

5. Masukkan dua paket perencah mee bandung adabi 

6. Masukkan gula untuk bagi warna merah terang menyala 

7. Masukkan hirisan daging, kemudian kacau sebati 

8. Masukkan ubi keledek yang telah diblend 

9. Masukkan air rebusan daging 

10. Masukkan air asam jawa sesedap rasa 

11. Sos cili 5 sudu 

12. Sos tomato 3 sudu 

13. Garam gula 

14. Akhir sekali masukkan mee 1 paket 

Bahan hiasan / aksesori : 

-daun sup 

-daun bawang 

-telur rebus

-ubi kentang rebus 

-bawang goreng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *