Resepi Mee Hailam Spesial Cendawan Butang - Muslim Mee Kuning

Resepi Mee Hailam Spesial Cendawan Butang

Resepi Laksa Sarawak Yang Pasti Menjilat Jari menggunakan Muslim Bihun.
July 4, 2019
Resepi Mudah Kuey Teow Ladna
July 18, 2019
Show all

Resepi Mee Hailam Spesial Cendawan Butang

Bahan-bahan:

  • 400 gram Muslim Mee Kuning 
  • 1 1/3 cawan air rebusan lauk pauk 
  • 3 sudu makan sos tiram 
  • 10-15 biji lada hitam 
  • 50 ml kicap manis jenama kesukaan anda 
  • 30 ml kicap masin cair 
  • 1 sudu makan tepung jagung untuk pekatkan kuah 
  • 1 sudu teh serbuk cukup rasa 

Untuk sayur-sayuran : 

  • 6 biji cendawang butang 
  • 1 biji cili merah 
  • 1/2 batang saderi 
  • 1/2 tomato merah 
  • 1/3 lobak merah 
  • Sayur sawi 

Untuk lauk ( terpulang nak guna apa jenis ) :

  • Isi kerang 
  • Isi dada ayam 
  • 2 fish cake

Bahan tumis : 

  • 2 ulas besar bwg putih * 
  • 1/2inci halia muda * 
  • 3 sudu makan minyak

Cara buat resepi mee hailam special ni : 

#1: Rebus kosong lauk pilihan dlu iaitu isi kerang dan ayam.Tak perlu letakkan apa-apa. Air rebusan jangan di buang. Ambil 1 1/3 cawan ya.Sementara merebus, ketuk n cincang bawang putih bersama halia muda.Tumbuk kasar juga biji lada hitam.

#2: Panaskan minyak dan tumis naik bau bahan cincang.Letak air rebusan,lada hitam yang telah ditumbuk .Masukkan lobak merah,cili merah,batang saderi.Masak hingga empuk.Selepas itu masukkan lauk iaitu isi kerang,isi dada ayam,sos tiram,kicap manis,kicap cair mengikut sukatan di atas. 

#3: Bila dah bersalut elok semua rasa,tambah tepung jagung.Tak perlu banyak nanti terlalu pekat.Cukup seperti sukatan di atas.Tambahkan serbuk cukup rasa.Garam tak perlu sebab kita dah guna kicap cair.Terus masukkan Muslim Mee Kuning, fish cake dan sayur sawi. Gaul rata .Jangan terlalu ganas nanti hancur mee hailam kita. 

Mee hailam dah siap,terus buat cili potong bersama kicap masin cair. Senang ja. Dah boleh dimakan. Selamat mencuba resepi mee yang sedap ni tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *