Juadah Hari Raya Aidilfitri - Muslim Mee Kuning

Juadah Hari Raya Aidilfitri

Amalan Yang Dianjurkan sempena 1 Syawal
May 30, 2019
Juadah spesial di Hari Raya.
May 30, 2019
Show all

Juadah Hari Raya Aidilfitri

Rahsianya pada Muslim Cili Boh dan serai yang ditumbuk…

Rendang Ayam: Resepi Rendang Klasik

 

  • 1 ekor ayam, dipotong 12
  • 285g bawang merah, dikupas
  • 130g bawang kecil, dikupas
  • 25g bawang putih, dikupas
  • 12g kunyit hidup
  • 80g halia tua
  • 33g lengkuas
  • 5g daun limau purut (kira-kira 3 daun, dikoyak sedikit)
  • 20g serai, akar sahaja
  • 115g gula Melaka
  • 105g Muslim cili boh
  • 12g serai, ditumbuk sedikit
  • 16g daun kunyit (kira-kira 1-2 daun)
  • 1kg santan
  • 90g kerisik
  • 2 sudu besar Muslim garam

Cara-cara:

  1. Kisar bawang merah, bawang kecil, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas dan akar serai hingga sebati.
  2. Chiffonade daun kunyit.
  3. Dalam periuk besar yang berat, pasangkan api pada suhu tinggi dan tambahkan campuran bawang, cili boh, separuh santan, garam, daun limau purut, serai ditumbuk dan gula Melaka. Kacau sehingga sama rata.
  4. Masak hingga mendidih kemudian kecilkan api untuk renehkan. Masukkan ayam dan kacau sehingga sama rata.
  5. Teruskan kacauan semasa reneh sehingga sos menjadi pekat dan hampir kering tetapi masih lembap sedikit. Keseluruhan proses akan mengambil masa kira-kira 90 minit, jadi sabarlah.
  6. Masukkan separuh daun kunyit dan semua kerisik. Kacau untuk 5 minit lagi.
  7. Bila siap, masukkan rendang ayam ke dalam bekas hidangan dan hiasi dengan baki daun kunyit. Hidang dengan lemang, nasi impit, nasi atau roti lembut.

Tips Tambahan

Jika anda bercadang untuk menyimpan rendang ayam anda untuk makanan masa depan, biar ia sejuk sepenuhnya (tanpa bertudung) semalaman sebelum menyimpannya di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk hingga kira-kira seminggu. Rendang ayam tidak boleh tahan lama seperti rendang daging.

Rendang ayam adalah resepi yang sesuai jika anda teringin memakan rendang tetapi tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan versi daging. Ia juga merupakan pilihan yang baik untuk mereka yang akan memasak rendang buat kali pertama. Cubalah dan jangan lupa untuk mentag kami di #muslimfoodindustries dengan gambar hidangan anda!

Credit:http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/rendang-ayam-klasik-resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *